Add the instagram widget code here :

Wednesday, 17 September 2014

Terbang Di Awan Biru

Bismillahirrahmanirrahim
Hye,Assalamualaikum!Eheh,tak leh blah pulak aku nengoknye tajuk post ni.Memang.Ini memang impian aku sejak dari dulu lagi.Aku tak tahu nape tapi aku kalau bab-bab kaitan ngan langit,pilot dan kapal terbang bagai memang favourite aku nak bercerita.Ohh,and I love travelling too!Mungkin sebab tu kot aku suka gila TERBANG DI AWANNNN BIRUUU!(ahah,gegeh)


Kapal terbang,I love you
 Walaupun aku agak terfobia sikit akan kes2 yang berlaku sebelum ni,(MH 370 and MH 17) tapi aku cuba jugak kata kat hati aku,kematian kat mana-mana pun boleh berlaku.Kalau dah sampai ajal,waktu tengok dok tengok tv gelak-gelak pun boleh meninggal ape.Mati itukan pasti dan hidup,InsyaAllah:).
Oh,and fyi untuk orang yang fobia naik kapal terbang ni kalau nama omputihnye dipanggil Aviophobia.Aku pun baru tahu.Nak tahu lebih lanjut boleh tengok http://www.zonlelaki.com/cara-mengatasi-rasa-takut-menaiki-pesawat-aviophobia/.

 Aku kalau sampai airport mana-mana mesti akan cuba gak sedaya upaya untuk tawaf satu tu.Best kot.Tambah-tambah kalau terserempak (acece) dengan sekumpulan anak kapal sekalian yang baru balik ke baru nak pergi overseas.Diorang punya uniform tetambah yang si pilot memang smart habis ah.Tapi yang part paling best nampak kapal terbang landing ngan take off la.Aku pun nengada nak feeling masuk dalam tu sekali.Kadang-kadang ntah hape-hape jugak aku akan tangkap gambar flight yg tengah dok parking tunggu diorang punya passengers masuk.Fikir balik memang nampak macam orang psycho tapi ahah who cares about that.

Hang nampak dak ada sebab lain aku minat kerjaya pilot ni.Haha


Masa ni gi hantar Mama sebelum fly ke Indon.I tell you airport Penang memang dah semakin cantik!
 First flight yang aku pernah naik destinasinye adalah Sabah dan tahun tu 2011.Memang masa tu dalam hati bagai nak rak jugak ah happy sebab ni first time akan naik flight.Kiranya doa aku selama ni nak naik kapal terbang termakbul jugak la.Kalau tak salah aku pagi dalam pukul 10 kot depart.Terima kasih lah ye kepada bang war yang sudi taja tiket untuk aku,mama dan ayah(tapi ayah tak dapat pergi sebab ada kerja).Tajaan abang war sebenarnye disebabkan aku jugak yang mulut masin bagai janji ngan dia kalau dapat 5 A UPSR nak gi Sabah.Last-last terpaksa gak la dia bayar..*evil laugh*Agak terkezut berok kot tiketnye sehelai kertas biasa je.Aku bajet dia keras macam yang aku pernah tengok waktu abang ngan kakak aku dapat dulu2.Tapi nama pun Air Asia,Now Everyone Can Fly kan so memey le baru aku paham bila abang aku terangkan(save budget la kiranya)...ahaha


#throwback With le mom in departure hall.
 First-first masuk tu like usual la mesti steward dengan stewardess dok bagi instruction ape yang perlu dan ape yang tak.Dan masa tu la aku baru tahu situasi dalam flight.Macam ni rupenye diorang bekerja.And paling happy dengar suara si pilot welcoming us dengan menyatakan kitaorang akan take off!Orang kata kalau nak tengok pilot ni baru ke idok tengok diorang punya skill landing and take off.Tapi aku punya keterujaan nak terbang telah mengatasi segalanya dan tak dapat nak detect pun semua tu.hehehe

 Waktu balik Sabah memang sedih sebab negeri ni la paling best sekali aku pernah pergi.Cantik kot Sabah ni dan yang best sekali dapat tengok Gunung Kinabalu yang dicanang-canang orang tu.Berbalik ke tajuk asal aku tentang terbang di awan biru,aku ingat lagi waktu tu agak ribut sikit la.Tak salah aku sepanjang perjalanan jugak kena pakai seatbelt.Mama and abang macam agak takut jugak sebab ni first time flight macam bergegar teruk.Aku yang tak tau hape-hape terus kan saje misi tidur gara-gara penat kononnya.xDTapi Alhamdulilah,Allah saves us dan kami selamat sampai dalam jam 4 petang.

#throwback Masa ni kat Sabah.Hang nampak orang belakang tu dok teruja macam apa lagi.xD


#throwback Bye-bye Sabah sayang.Ada jodoh kita jumpa lagi kayy!
 Sesungguhnye aku memang suka giler dengan kapal terbang.Nak kata obses tu tak de la sangat.Tapi rekaan dia memang cantik.Tu yang paling buat aku tertarik dengan dia dan kerjaya-kerjaya yang berkaitan dalam bidang penerbangan ni.Doakan la satu hari nanti mana tahu aku dapat buat airlines company sendiri.Nak jadi pilot memang tak ah sebab dah rabun plus aku mana ambik subjek physic bagai.Jadi pemilik syarikat pun jadi la kata account student kan.pandai berbisnes kekeke.

 Sekian sahaja lah.Sorry,mungkin agak poyo tapi sharing an experience tak salah kan?...Ohh sebelum tu aku nak share satu lagu yang tajuk dia Langit dari Yuna dan lagu ni memang membangkitkan semangat aku untuk terbang lebih jauh lagi :D


No comments:

Post a Comment